Saturday, December 10, 2011

Bagi Hint Suka dekat orang...

Salam..

aku tetiba tertarik dengan post kawan aku, budak kecik ni..
dia cakap kalau suka orang tu,bagilah hint..
mana tau korang tak bertepuk sebelah tangan...
boleh main tepuk amai-amai lagi..
muahahahahaha
'tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu~~~'

dia kata,kalau tak nak couple
confess je macam ni..
"AWAK. SAYA MINAT AWAK JE. TAPI TAK NAK KAPEL. HARAP AWAK PUN DAPAT MINAT SAYA GAK.."
kah333....
lawak gila....tahniah budak kecik sebab dapat buat saya gelak guling-guling atas katil dengan
 statement awak tu..
hik333

bagi aku,kalau seseorang tu bagi hint,
mesti dia mengharapkan sesuatu yang lebih dari kita kan...
mesti minta couple, minta cintan cintun,
minta no telefon, minta ber'relationship' bagai...
kan dah tambah dosa...adeh..

 huh......aku tak suka dan takut semua itu...
sebab itu, aku rasa boleh bagi hint,
tapi bila kita benar-benar sedia mahukan dia menjadi pasangan kita yang halal...
bila kita dah cukup syarat untuk mendirikan rumah tangga..
bila kita dah cukup serius untuk menggalas tanggungjawab hubungan tersebut..
bukan sekadar main-main belaka...
buka sekadar mahu tunjuk diri berpasangan...bercouple..berpakwe...bermakwe...

fikir niat tu dulu....
kalau anda rasa nak bagi hint sebab nak dia balas suka anda
dan 'couple-tambah-dosa' dengan anda,
better anda simpan suka anda tu kemas-kemas dalam hati dan
berdoa pada Allah, kalau anda ada jodoh dengan dia,tak kemana kan..

but, jika korang dah betul-betul bersedia galas tanggungjawab..
bagi lah hint tersebut,
kalau berbalas,
apa kata korang terus melamar orang tersebut, atau sebaliknya bagi perempuan,
suruh dia lamar korang...ngahahaha...
rasanya orang yang korang nak bagi hint tu mesti korang dah kenal hati budi kan...
sebab tu korang bagi hint..hihi...

itu hanya pendapat aku laa...
aku pun manusia juga....ada sifat menyukai dan disukai...
aku harap Allah berikan petunjuk kepada aku dan korang untuk sentiasa berada di jalan Nya... Amin~~

Salam...

3 comments:

budak kecik said...

yep!! kapel tanpa ikatan yg sah memang haram dari sisi Islam. kita harus bagi hint jika kita betul2 yakin dia adalah jodoh kita..


"AWAK. SAYA MINAT AWAK JE. TAPI TAK NAK KAPEL. HARAP AWAK PUN DAPAT MINAT SAYA GAK.." ngahaha

dja_amiensukhri said...

ouhh.. tak tahu nak komen apa kat sini. =)
minda tahu yang couple tu xbaik. tapi hati mahu.

wallahua'lam.. mintak dijauhkan..

dayu_myself said...

@budak kecik:
betul3....bila kte dah btul2 sdiakan...
ngeee..
^_^

@dja sukhri:
bkan hati tp nafsu kan...
^__^
yng pnting jge btas prgauln tau..
jgan lbih2...