Tuesday, February 22, 2011

PRKum lari pergi,TEST kata mari~~~mari~~~

salam....

prk um akhirnya sudah menutup tirai...
selepas pelbagai kontroversi-kontroversi yang melanda dekat um, habis jugak akhirnya..
sejujurnya dari lubuk hati aku yang mendalam, tak suka pun pliharaya2 ni....lagi-lagi kat um ni..dahsyat sungguh..tak sangka la macam tu sekali politik kat um ni. tapi aku pun malas nak komen banyak2..siapa yang menang TAHNIAH,siapa yang kalah,SILA CUBA LAGI. yang dah berjaya tu,harap dapat laksanakan tanggungjawab anda kepada mahasiswa mahasiswi UM dengan sebaiknya...ok...dot dot dot.. tutup cerita..


minggu ni,aku banyak la sangat test yang sangat sangat sangat mencabar jiwa hati nurani aku.

1st test subjek fisio mikrob dan biokimia...subjek KEGEMARAN pelajar-pelajar.. kalau tanya kawan-kawan aku, diorang memang MINAT GILA dengan subjek ni. SILA PERCAYA.. angguk kepala ya!!!


DNA yang cantik~~ tolong masuk dalam kepala saya..
2nd test subjek TDR... DNA...PLASMID...dan macam-macam lagi.semua nak kena baca...tapi apa aku tengah buat ni,menaip POST blog yang kurang popular ni??? aduhai CIK DAYU...bila lah kau nak sedar diri ya..esok test la cik dayu...

3rd,presentation BI...tak prepare apa-apa lagi..apa lah aku nak merapu ya nanti....hahaha

rasa boleh study lagi ke kalau dah macam ni?
ok lah..mata aku dah paras 30% terbuka je ni..menunggu saat je ni..macamana nak tahan ni, boleh tak kalau nak sengkang mata pakai pensel biar kasi buka sikit.. ???urmmmmm.......   (--.--)"

salam

No comments: