Sunday, March 6, 2011

Macam-macam cara nak dapat income dari internet....

salam

sekarang ni aku baru tahu macam-macam cara sebenarnya nak dapat income dari internet..
bukan setakat nuffnang je,macam macam lagi syarikat Advertisement yang semakin berkembang dekat Malaysia ni bak cendawan tumbuh selepas hujan *sedapnya makan cendawan goreng* .

Maybe kalau blogger-blogger yang expert,dah lama tahu benda-benda macam ni kan, tapi bagi aku yang baru ni, aku sangat teruja bila tengok benda-benda ni walaupun aku tahu aku takkan dapat pun income-income dari Ads-ads yang segala bagai tu...sebab aku bukan nya seorang Blogger Tegar yang rajin menghadap laptop hanya untuk mengupdate post-post yang bermanfaat setiap hari..*Fuh..ayat pasrah*

apa-apa pun,dekat post ni, aku nak kenalkan kat blogger-blogger baru yang nak letak ads dekat blog baru korang tu..At least dapat share benda yang mendatangkan faedah kan...Antara company yang popular sekarang ni :

1. Nuffnang
Nuffnang aku rasa dah lama dah bertapak dekat Malaysia ni...yang ni kena ada blog sendiri..
Income dikumpul dengan  metered earning = jumlah orang yang klik iklan nuffnang ataupun Buffered earning = melalui jumlah unique visitor yang lawat blog korang...
untuk ketahui lebih lanjut, sila refer link ni.

2. Churp-churp
churp-churp ni pun syarikat iklan juga. se'company' dengan nuffnang tu.. Burung bukan sebarang burung..burung kaya yang nak kasi kita duit ni. Yang ni,kalau korang tak ada blog pun tak apa.. setakat korang ada twitter ke,facebook ke..dah memadai jugak.. korang iklankan je or share iklan dorang kat FB or twitter,
ada unique klik dari iklan yang korang share tu pun,dah masuk income.. senang je kan?

kalau korang berminat,jom register dekat sini

3. Heartbeat.my


ni ala-ala nuffnang jugak..nak kena iklankan dia punya Ads untuk di klik oleh orang-orang yang melawat blog korang. so,nak guna Heartbeat.my ni,kena ada blog la...letak iklan kat blog korang,lepas tu tunggu orang klik..agak susah tapi tak menghabiskan tenaga pun...hehe

nak register klik sini

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Post akan datang,aku akan terangkan se'detail-detail'nya macamana korang nak daftar benda ni ya..

4.Says.my

ni ala-ala Churp-churp. korang tak memerlukan Blog untuk dapat income pun.
just kena pandai sebar-sebarkan iklan yang diorang bagi link nya dekat facebook or twitter korang,lepas tu, tunggu la orang Klik iklan tu. ada yang klik, masuk la income, tengok jumlah orang yang klik.. senang dan mudah..

kalau korang nak register yang ini,jom register kat sini...
dah masuk website dia,klik f: sign in to says.my
dan klik new user, masukkan maklumat yang dia nak,lepas tu selesai..
lepas tu,boleh la korang sebar-sebarkan iklan dorang dekat twitter or facebook dari link share khas dari akaun korang tu...senang je kan...apa-apa nanti boleh tanya dekat sini,kalau boleh aku jawab,aku jawab la..

Ok...banyakkan cara-caranya...pelbagai dan macam-macam jenis..patut la aku tengok orang lain senang je nak dapat income dari internet ni kalau kena dekat caranya.. kepada yang baru berjinak-jinak dengan benda-benda macam ni,selamat mencuba...aku just bagitahu korang je,selebihnya korang ucba la usahakan sendiri.. aku pun tak pakar bab-bab ni,sebab tu korang tengok la, Blog aku pun hancus je,tak ada yang special.hahaha..

apa-apapun, HWAITING!!!!!!
 selamat mencuba....

salam

8 comments:

gabanMorka said...

aku plak sedang bereksperimen dgn adsense dan Google affiliate. haha

Myvitrd said...

hati2 letak link says.my.. kalau nuffnang dapat detect mungkin status geli2 kena tarik nanti

dayu_myself said...

@gabanmorka: bagus2...dah bereksperimen,ape kate ko kongsi2 maklumat..hahahaha
@myvitrd: tu la...tu yang tak berani nak letak eklan dia sangat kat sini...just letak kat post je..^^

mama hani said...

menarik.tq

dayu_myself said...

@mama hani: sama2..^^

Bro Fit said...

moga berjaya jana pendapatan :)

dayu_myself said...

bro fit: terima kasih...^____^

sensasi2020.blogspot.com said...

Penerangan yang amat jitu,
Cara dibuat amat setuju,
Apa yg diterapkan sungguh bermutu,
Semoga kerja dibuat Tuhan restu.