Saturday, November 29, 2014

Hati

Urusan hati...
tiada siapa yang mengerti..
kekadang...
Ia gembira....
kekadang...
Ia sedih...
Kekadang ...
Ia suka....
Kekadang
Ia duka...

Astaghfirullah....
Kenapa susah untuk urus hati...

Kini aku tahu..
mengapa Allah tak bagi aku terlibat urusan hati ketika aku belajar..
ada hikmah...
sungguh...
amat merumitkan...
mahu keluar...
tapi tak daya....

Jangan Kau lekakan aku dengan benda yang sia- sia...ya Allah...

# luahan hati yang tak mampu dirungkai...

Sekian...
Salam.

Saturday, April 19, 2014

Peluang....

Salam..

Selepas sebulan,
baru la rajin nak mengupdate kan diri dalam blog..
kui3...serius malas nak guna laptop,
guna hp susah pulak nak hupdatenya...
uhuk2...



Sekolah Menengah Tan Sri Abdul Kadir..
sekolah yang hampir setahun mengaja..
dengan guru-gurunya yang dah kamcheng..
dengan pelajarnya yang dah macam kawan kawan..
dan kenangan yang satu itu..
(^___^)

Bila pagi aku pergi sekolah,
pagi2 dah bertolak...dalam 6.50 pagi,
perjalanan dalam masa 15 minit,
dan jika merempit 10 minit,
seperti biasa, muka ini yang kadangkala, lambat...
hihihi...

Bila di sekolah,
kemana sahaja, ada yang menyeru..
ada yang ingin bersalam..
kerana itu, rasa macam dihargai walaupun sebagai guru ganti...
memori tetap memori..
sebab tu aku elakkan sangat berkasar dengan pelajar,
tapi kekadang, geram jugak...
dorang layan macam kawan sampai suka perli-perli manja...
haish budak-budak...
nak marah pun tak pandai cikgu awak ni...
last-last, layan je kepala 3 suku dorang...:)

kali ini, masa berlalu seperti sekejap je..
tengah bulan 5 dah nak habis contract..
tak sempat nak merasa hari guru mungkin...sedih..
entah dapat jumpa lagi ke tak lepas ni...
guru-guru atau akak2 yang sporting habis..
pelajar yang macam kawan-kawan..
and...that person..
kalau ada jodoh, kita jumpa lagi..
kalau cikgu ayu ni tak dapat keja lagi,
memang akn sambung masa kak Adiah bersalin nanti...

Tapi
Alhamdulillah, ada peluang yang sedang menanti..
sedang berusaha untuk meraih itu..
jika berjaya, mungkin awak-awak semua tak dapat cikgu jumpa..T__T
jangan lupa saya tau awak...
(^___^'')
Salam


Monday, March 17, 2014

CIKGU AYU...CIKGU AYU...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....Alhamdulillah.....
masih diberi peluang untuk hidup dinihari...
masih diberi masa untuk pelbagai perkara..

cikgu ayu..
budak-budak STAR panggil aku cikgu ayu..
macam pelik ja..macam comel ja..
kui3...

lepas habis kontrak 26/2 masa tu..
alhamdulillah...aku sambung lagi di sekolah yang sama 10/3 di sekolah yang sama...
bila seminggu tak masuk sekolah,
tak sangka ada jugak yang rindu...
hehee...

walaupun jadi guru ganti je,
alhamdulillah, semua pelajar baik je dengan aku...
guru guru pun tak pernah nak bezakan taraf ke apa...
makin lama makin kamching dengan pelajar dan guru..
berbeza dengan hujung tahun lepas...

sebab tu masa cuti seminggu tu,
ada la juga perasaan rindu tu..
tapi aku sedar, aku tak mengajar lama dekat situ..
sebab tu, kalau boleh,
biarlah memori yang manis saja terukir diSTAr..
bersama guru dan pelajarnya..

walupun kekadang hampir menitiskan ayak mata sebab kegeraman dengan perangai pelajar yang bermacam..
tapi diorang tak pernah menghampakan..
cepat-cepat dipujuk mereka, dah lupa apa yang berlaku..

dan sekarang, setiap kali jalan dekat sekolah tu,
pasti ada anak murid yang menegur..
walaupun hanya mengajar kelas diorang sebulan je,
sebab selalu tukar jadual..ihihihi...

ada juga pelajar yang tak diajar suka menegur,
macamana tahu nama, entahlaa..
teguran 'Annyeong Haseyo' nya..
macam tahu-tahu je cikgu awak ni pernah jadi kipas susah mati cerita korea...
hehehehe...

apa-apa pun...
azam sesambil mengajar ni, nak cari kerja tetap..
tetapi rezeki temuduga belum ada lagi..
InsyaAllah, semuanya dalam aturan-Nya...
Usaha , Doa , dan Tawakal...
Mungkin akan ada kemanisan di kemudian hari...Amin~~

sekarang, Enjoy je masa-masa mengajar ni...
layankan je la budak-budak ni...
:)

Assalamualaikum

Friday, February 28, 2014

Ya...Aku kembali

ASSALAMMUALAIKUM..
sahabat, rakan dan teman semua...

aku rindu sangat nak berblogging macam dulu..
rasa juga jari ni macam kaku je nak menaip atas keyboard laptop ni...

bayangkan...berbulan-bulan laptop tak berbuka..
jadi tersadai la blog ni buat beberapa bulan...

Alhamdulillah aku sihat dan bertambah-tambah sihat..
duduk rumah dan ternak lemak dan tanam anggur...
pergh...3 dalam 1..
inilah kerjaku seharian
disamping menjadi guru sambilan atau guru ganti..
tapi aku suka...
maybe ada la sedikit terkilan belum lagi mendapat pekerjaa yang tetap..

Tapi...
Allah dah tunjukkan hikmahnya kenapa aku diberi jalan sebegitu...
ya....Aku sedar semua hikmah itu..
Ia menjadi masa untuk aku memperbaiki diri aku sendiri...
dalaman dan luaran..
InsyaAllah..
disamping cuba berbakti kepada ibu bapa selagi mampu..
maybe bila dah kerja tetap, masa itu dah terbatas...
hahaha..banyak pulak rasa nak cerita
tapi lain kali je laa..

Aku akan cuba aktif berblogging lagi walaupun entah sapa yang baca blog ni...
berhabuk, bersawang dan lapuk sudaa...
hihihi....ada tak yang rindu??
kui..kui...kui...
Salam bertemu kembali...

Assalammualaikum... ^__^


p/s..
sedikit gambar update terbaru diri ini...

Sambutan Maulidurrasul di STAR...ada macam pelajar tak??kiki

semua dah nak sama tinggi dengan cikgu...baru tingkatan 1 dah pandai tinggikan badan ae!! eh!!

Maulidurrasul bulan Januari



Ingat hadeef lagi tak?? dia dah besar dah sekarang...dah pandai jalan tapi tak pandai bercakap lagi..adeh.

Another sweet memories at STAR..


Tuesday, September 10, 2013

Aku tetap Aku

Salam.



 Ya....aku datang lagi kedalam dunia blog.Maybe aku tak ada pembaca tegar yang tunggu post aku dalam dunia blog ni,tapi sememangnya aku rindu nak berblog balik..



ya...aku ni memang pemalas nak bercerita,tapi aku suka...malas nak taip mungkin..pfftt..


arghh...aku geram update blog gune henpong ni...sakit hati taip macam siput sakit perut..jumpa lagi laen masa..okbai.
 Salam..... :)