Wednesday, November 10, 2010

Lesung pipit AKA dimple NOT ‘pimple’ …=p

Salam.
Tetiba ja aku rasa nak buat entry pasal lesung pipit Aka dimple ni. Aku pun tak tau la ,apa yang menarik sangat nak buat entry ni walaupun sekarang ni,budak-budak um dan university tertentu tengah dok sebuk study-study sebab dah nak dekat exam.
Adoi cik dayu ooi…takkan tak sedar-sedar diri lagi. Exam dah nak dekat la. Apa dok update-update blog ni. Tak tau ke nak study macam orang lain. Cuba la semangat sikit.
Kata hati berkata: takpe-takpe. Ada masa lagi. Esok kau baca la ( walaupun selalunya tak berhasil) . bayak masa lagi. Boleh punya. Hahaha ( ada ke ketawa macam ni hati aku, pikir jap? )
Nanti bila dah lepas exam : adoi, menyesalnye aku, kalau la aku macam ni, macam ni, dan macam ni. Kalau la aku tak macam ni. Haaa…kan dah menyesal tak sudah. Padan muka engkau cik dayu. =(
Adoi…. Melalut sudah… back to topic..
Dimple aka lesung pipit
Alalala....cute nye die..comel3...
Secara scientific nya, lesung pipit adalah seperti kat bawah ni:
  ‘Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi yang berlaku pada otot ini sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi'
- Sumber: Madsci network dan Wikipedia
Boleh dikatakan lesung pipit ialah kecacatan otot yang berlaku kat muka samada sebelah bahagian saja ataupun dua-dua belah bahagian. Cacat rupanya orang yang ada lesung pipit ni kan. Cacat otot la katakan. Kesian-kesian. Tapi jangan sedih-sedih. Itukan anugerah Allah.
Secara kasar nya, lesung pipit yang aku paham dan lihat ialah lekuk yang ada dekat pipi kanan sahaja,pipi kiri sahaja, atau kedua-dua belah pipi.contohnya Preity Zinta heroin Hindustan tu.
comel kan saya...dalam tak lesung batu saya. *.*
Ada juga kadang jenis yang ada kecik kat bawah bibir bahagian tepi samada kiri atau kanan. Contohnya, Lee teuk Shi,super junior leader, pakwe pertama aku. Hehe.. terperasan sudah.

my 1st BF..jangan jeles ya kawan-kawan. sob3.
Tapi apa-apa pun , cacat jenis ni memang dapat men’cute’kan seseorang yang memilikinya kan. Bertuah tuan punya badan yang ada lesung pipit. I salute sama U.. hehehe. Aku memang suka sangat tengok kalau orang tu ada lesung pipit. Sweet sangat. Tak kisah la girls or boys. Tapi jangan salah anggap. Aku suka tengok ja. Tak ada perasaan lain pun. Hehehe. Tahniah kat korang sebab boleh buat aku suka kat korang. Ngehehehe .
Jujur aku cakap, ramai sebenarnya orang yang nak ada lesung pipit ni sebab nak nampak cute kan. Kononnya nak secomel preity zinta. Hahahaha. Sampai ada juga yang buat surgery untuk lekukkan pipi diorang. ‘apa kejadahnya berbuat begitu’. Kan senang kalau korang amek je lesung batu, masukkan pipi korang dalam lesung, pastu ketuk sampai lekuk. Bukan setakat pipi, dengan tulang-tulang sekali berlekuk kang.( tolong jangan cuba di rumah, sangat merbahaya ).
 Lagi satu info yang aku tahu, lesung pipit satu bahagian ja memang susah sikit nak dijumpa/ rare type dibandingkan dari lesung pipit yang ada kat dua-dua belah pipi. Kalau kat kabanyakan Negara Asian dan kump Indo-etnik, diorang lebih prefer untuk ada satu bahagian ja sebab ia jadi sign of attractiveness and veracity. chewah. ber’slang’ orang putih pula aku.
Bagi korang-korang yang tak ada lesung pipit tu,jangan la sedih-sedih, nangis dalam toilet ke. Yang penting korang boleh pastikan keturunan korang ada lesung pipit. Cuma pabila korang kawin dengan orang yang ada dimple. InsyaAllah. Dimple akan lekat kat keturunan korang. OK, aku cop Siwon Super junior dulu ae.
agak-agak bila kita boleh kawin??? ^^
* wink2. Hahaha .kepada yang ada dimple tu, berjaga-jaga ya. Korang akan diserang hari ni. Hahahaha .
Baiklah, sudah banyak rupanya aku merepek. Apa-apa pun, Akak,adik L dan Adik P aku dapat trait Dimple dari mak aku, Tapi aku dan Abang aku tak dapat. Uwaaa…. Kenapalah trait tu tak diturunkan kepada kami semua? OK, takkanla aku tak paham-paham lagi. Kan Baru ja belajar heritability kat kelas animal breeding. Pasni kena study animal breeding lebih-lebih sikit. Hahaha.
p/s: dimple adalah dominant trait. So sign dia DD. Kalau tak da dimple, sign dia dd. Kalau korang taka da dimple,dd kahwin dengan yang ada dimple, samada DD atau Dd, insyaAllah maybe anak korang semua ada dimple atau sebahagian ada dimple.
DD + dd  = Semua Dd ( semua ada dimple)
Dd + dd = Separuh ada Dimple, separuh lagi takda.
Sudah… aku mengajar pulak kat blog aku. Weee.ok lah. selamat jalan
Salam.
ni pun kena serang ke? InsyaAllah... ^^



 

3 comments:

successor or giver said...

hahaha.ok pasni kne cari XX Dd or DD!

dayu_myself said...

hahaha...jom kter cari yng de lesung pipit...i dah ade siwon ngan leeteuk...ngeee..=)

pak karyono said...
This comment has been removed by a blog administrator.